Sila Guna Resolusi 800x600

08HARI /05 MALAM EGYPT - CAIRO DAN ALEXANDRIA


 

HARI 01         BERKUMPUL DI KLIA PADA TENGAH MALAM (2300HRS)

HARI 02         KUALA LUMPUR/CAIRO VIA DUBAI                       (M)

Berlepas ke Cairo dengan penerbangan Emirates via Dubai.  Setibanya dilapangan terbang Cairo, anda akan disambut oleh wakil kami dan terus di bawa ke hotel penginapan.  Makan malam akan disediakan.  Bermalam di hotel. 

HARI 03         CAIRO – PYRAMID/SPHNIX                                 (P/T/M)

Setelah bersarapan anda akan dibawa ke Giza, iaitu tempat di mana terletaknya Pyramid dan Sphnix dan alamilah sendiri dengan keajaiban yang maha esa dan salah satu momento antara tujuh keajaiban dunia yang telah dibina sebelum 2600 BC lagi.  Setalah itu anda akan dibawa ke Alabaster Sphnix di Memphis dan juga Pyramid Zoser di Sakkara yang telah dibina pada tahun 2650 BC dan “Pharaoh” yang terawal telah dikebumikan di kawasan ini semenjak 3,000 tahun dahulu.  Jangan lepaskan peluang untuk memilih minyak wangi tanpa alcohol yang telah diperbuat di kilang minyak wangi yang terdapat di sini.  Makan tengahari akan disediakan di restaurant yang berdekatan.  Setelah makan anda akan dibawa pula ke kilang kertas “Papyrus” sebelum balik ke hotel.  Makan malam disediakan.

HARI 04         CAIRO – EGYPTIAN MUSEUM-SALADIN CITADEL      (P/T/M)

Sarapan di hotel.  Setelah itu anda akan dibawa melawat Egyptian Museum yang tersimpan segala khazanah zaman lampau yang telah dijumpai tertanam di merata tanah Egypt. Kemudian teruskan perjalanan dengan melawat Saaladin Citadel di mana Masjid Mohamed Ali Al Pasha yang terbesar dan terindah di Cairo terbina dan juga Istana Gawhara yang telah dibina bersama di sini.  Makan tengahari dan malam disediakan di restoran yang terkenal di Cairo.  Sebelah petangnya anda berpeluang membeli belah di Khan Khalili Bazar yang terbesar di Cairo dan juga berbagai pilihan barangan yang mungkin anda boleh beli di sini termasuklah barangan antik, emas, kraftangan dan lain-lain lagi.

HARI 05         CAIRO – AKTIVITI BEBAS                                   (P/T/M)

Hari ini adalah hari berehat bagi anda.  Anda diberi peluang untuk menyusuri kota Cairo yang banyak menyimpan sejarah dan tinggalan kesan lampau atau pergilah membeli belah untuk barangan kristal atau kain “Egyptian cotton” di Khan Khalili Bazar. Jangan lupa untuk tawar menawar…. Makan tengahari dan malam disediakan.

HARI 06         CAIRO/ALEXANDRIA                                         (P/T/M)

Setelah bersarapan di hotel, anda akan dibawa menaiki bas untuk ke Alexandria yang akan memakan masa lebih kurang 4-5jam perjalanan.  Perjalanan anda tidak akan merasa bosan disebabkan sepanjang perjalanan, anda akan melalui laluan pantai yang indah dan bersih. Setibanya di Alexandria anda akan dibawa ke Istana Farouk dan juga taman bunga yang dikenali dengan Montazah Garden yang terindah sekali di tepi pantai yang cantik dengan pemandangan yang mempersonakan.  Setelah makan tengahari anda akan dibawa ke Morsi Al Abas New Civilasation Museum, Roman Catacombs iaitu tempat perkuburan zaman lampau.  Teruskan perjalanan dengan ke Qait bay’s Fortress dengan senibina yang mempersonakan.  Bermalam  di Alexandria.

HARI 07         ALEXANDRIA/DUBAI                                         (P)

Hari ini setelah bersarapan adalah acara bebas sebelum bertolak ke lapangan terbang untuk penerbangan ke Kuala Lumpur via Dubai. Setibanya di Lapangan terbang Dubai, anda berpeluang untuk membeli belah di zon bebas cukai yang dibuka 24jam sewaktu transit, sebelum bertolak semula ke Kuala Lumpur pada pukul 11.00 malam dengan penerbangan Emirates jam 2.00pagi.

 

HARI 08         DUBAI/KUALA LUMPUR

TIBA DI KUALA LUMPUR.